Izzudin
Al Azhar berusia lebih 1000 tahun, merupakan universiti yang tertua di dunia menjadi kebanggaan ummat Islam seluruhnya. Barat sendiri mencemburuinya satu ketika dahulu. Kehebatannya sebagai menara ilmu dan peradaban menjadikannya sebagai tempat rujukan hukum.

Saya tidak pernah ke sana namun universiti itu terasa amat dekat di hati kerana saya selalu membayangkan UIA sebagai satu cepisan dari universiti agung itu. Al-Azhar berasal dari sebuah mesjid dan dikembangkankan oleh para ulama yang tidak punya apa2 tujuan lain kecuali untuk memartabatkan ilmu. Ia tidak ada Triple ICe. Ia punya autonomi yang tidak diusik oleh sesiapapun. Tiada siapa mempersoalkan samada silibusnya mengikut standard yang bertaraf dunia atau tidak sebab ia lebih dari bertaraf dunia kerana dia bertaraf syurga. Para pelajar tidak perlu membayar yuran kerana universiti itu dibiayai sepenuhnya melalui hasil sumbangan zakat.

Mereka hanya perlu belajar dan belajar dengan gigih dan sabar. Para pensyarahnya adalah ulama2 besar yang tugasnya hanya mengajar dan mengajar dengan gigih dan sabar. Ia mengeluarkan fatwa sebagai panduan ummat Islam. Mereka tidak pernah peduli dengan ranking atau pentarafan atau pengi’tirafan.

Havard berusia lebh 370 tahun, universiti terhebat pada pandangan dunia sekarang kerana kualiti akademik dan pentadbirannya. Ia dilahirkan oleh John Havard, seorang paderi yang suka pada ilmu dan mempunyai koleksi buku yang banyak , lalu menubuhkan pusat memperkembangkan ilmu dan seterusnya menjadi sebuah universiti tertua, terkaya dan paling terbilang di Amerika. Kalau Al Azhar mengeluarkan ulama, havard mengeluarkan rahib kristian sebelum ia diliberalkan dan dibuka untuk orang luar.

Tidak seperti Al-Azhar, Havard bersih, mahal dan hanya pelajar yang hebat akademiknya dan mampu membayar yuran yang sangat tinggi saja saja diterima masuk, kecuali mereka mendapat biasiswa. Ia juga mempunyai autonomi yang tidak pernah tergugat. Seperti Al-Azhar, ia dibiayai sepenuhnya atas sumbangan pemberi dana dan hasil pelaburannya tanpa bergantung kepada pemerintah. Sehingga kini yayasan havard yang memiliki dana sebanyak USD26 bilion adalah yayasan kedua terkaya di dunia selepas yayasan Melinda & Bill Gates.

Mempunyai hampir 20 ribu pelajar dengan 2,400 profesor, siapa yang boleh menandinginya lagi. Hampir kesemua programnya menerima ranking pertama oleh organisasi2 pemberi ranking.

UIA yang masih kerdil tetapi cuba mencari kehebatannya sendiri.

Masyarakat Islam Malaysia tidak seperti orang Arab atau Amerika. Adalah biasa bagi orang Amerika atau Inggeris membahagikan sekian-sekian peratus dari pendapatan mereka kepada gereja, sekolah, atau badan2 kebajikan lain seperti persatuan pencinta alam malah kepada badan yang menjaga haiwan terbiar secara konsisten. Banyak yayasan ditubuhkan oleh orang2 kaya dan mereka inilah juga yang membina kekuatan masyarakat. Kalau anda berjalan2 di kota London atau di mana2 saja di negara barat, anda akan melihat begitu banyak kedai2 barang terpakai untuk membiayai badan2 kebajikan dibuka dan dikendalikan oleh sukarelawan yang tidak bergaji. Harga yang ditawarkan sangat murah tetapi biasanya orang secara sukarela membayarnya dengan harga mahal sebagai derma.

Saya amat terharu mendengar syed Mokhtar Albukhari menceritakan bagaimana semasa pertama kali menerima gaji ibunya berpesan mengambil hanya separuh dari gajinya dan yang selebihnya didermakan kepada orang yang memerlukan. Dengan kebiasaan itu sekarang Yayasan Al Bukhari menjadi yayasan Melayu paling kaya di Malaysia.

Banyak universiti di barat dan di tanah Arab hidup tanpa pergantungan kepada peruntukan pemerintah. Ini juga berlaku di Indonesia. Saya perhatikan di kampung2 di Indonesia, semiskin2 penduduk kampung itu, mesjid dan pesantren tetap menerima sumbangan yang konsisten dari warganya. Tok imam kampung bukanlah orang misikin di kampungnya kerana kehidupannya dijaga dengan baik oleh penduduk. Ini adalah manifestasi dari rasa hormat warga kampung terhadap orang yang berstatus imam.

Pengalaman tinggal di UK selama 3 tahun dan bermusafir ke beberapa negara ketiga, saya dapati masyarakat Islam Malaysia masih kurang tinggi dari segi semangat kesukarelwanan membangunkan dana untuk aktiviti pendidikan berbanding dengan negara lain. Mungkin semangat kita agak sedikit tinggi untuk mengisi tabung aktiviti keagamaan tetapi secara amnya masih jauh ketinggalan dari masyarakat lain. Pada kebiasaanya masyarakat kita menyumbang hanya apabila berlaku sesuatu musibah.

Agak sedih kita melihat betapa susahnya sesebuah sekolah untuk menggerakkan tabung PIBG umpamanya. Yuran kecil PIBG pun menjadi isu besar sedangkan semua ibubapa tahu ianya untuk kepentingan anak2 mereka juga dan ia boleh dibayar secara beransur2 sekiranya tidak mampu. Jarang sekali kita mendengar ibubapa yang punya kemampuan tinggi menawarkan diri untuk menolong membayarkan yuran PIBG teman2 anak mereka yang kurang mampu. Kalaupun ada yang ingin melakukannya, sudah tentu ibubapa yang ditolong merasa tercabar ego mereka,

Kita merasa cemburu bagaimana tabung PIBG sekolah jenis kebangsaan cina boleh mencapai jutaan ringgit. Tetapi tabung PIBG sekolah kebangsaan jarang sekali mencecah 5 angka.

Kalau untuk mengisi dana PIBG pun amat susah, bagaimana mungkin kita dapat membuat dana untuk membiayai sebuah universiti seperti orang barat. Gereja di barat mewah dengan sumbangan masyarakat tetapi masjid kita masih menagih sumbangan kerajaan.

UIA membawa aspirasi masyarakat Islam sedunia dalam mengembangkan ilmu dengan kaedah moden. Penubuhannya juga merempuh cabaran atas kemampuan malaysia melahirkan model universiti islam bertaraf antarabangsa. Kejayaan atau kegagalannya bukan saja mempengaruhi imej negara di mata dunia tetapi lebih jauh lagi imej ummat Islam yang selalu dipandang rendah dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Saya selalu menyebut kepada pelajar, kalau graduan uia gagal menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa saja yang dilakukannya, yang akan menerima ‘aib bukanlah diri mereka secara peribadi tetapi juga masyarakat Malaysia dan lebih penting ‘aib ummat Islam. Di manakah kedudukan kita di mata Allah sekiranya membiarkan agama kita direndahkan2 orang semata2 kerana kegagalan kita menunjukkan prestasi cemerlang.

Pengurusan tertinggi UIA bertungkus lumus menggerakkan seluruh jentera universiti ke arah kecemerlangan, namun ia memerlukan sikap positif dari setiap orang untuk mencapainya.

UIA adalah milik seluruh ummat Islam. Setiap insan Muslim yang mengenalinya perlu memberi sokongan atas dasar mempertahankan martabat ummah. Adalah janggal rasanya sekiranya ada persaingan negatif di kalangan universiti2 tempatan dengan mengharapkan UIA diberikan ranking terbawah. Lebih janggal lagi sekiranya UIA dicemuh orang dan kita turut tertawa.

Note: Tulisan ini saya coretkan atas 2 insiden iaitu 1) Selepas memerah otak membuat perancangan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar tahun depan. 2) Selepas membaca beberapa buah blog yang mengutuk2 UIA dengan perkataan spt “that stupid UIA” , “the backward university” yang ditulis oleh orang2 tidak bertanggungjawab.

http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Izzudin
Manage the function, not the paperwork. Remember that your job is to manage a specific function within the company, whatever that may be. There is a lot of paperwork that goes with the job, but don't let that distract you from your real responsibility.
Izzudin
Episod 1

Pada hari pertama masuk darjah 5, Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Baru, K.L.

“Siapa dapat periksa nombor satu?” Tanya cikgu Ramlah, guru kelas yang terkenal amat garang. Wan Jamaliah mengangkat tangan dengan bangga. Kawan2 senyum dan cikgu Ramlah pun tersenyum sambil berkata, “Bagus!”

“Siapa nombor corot?” Saya mengangkat tangan dengan jujur. Satu kelas ketawa, dan cikgupun ketawa juga. Ketawa teman2 sudah perkara biasa sejak saya pindah ke sekolah baru ini. Mereka ketawa sebab saya tidak pandai menyebut ‘apple’ dengan betul. Mereka ketawa mendengar loghat saya yang cuba menyebut patah2 perkataan bahasa K.L dengan betul.

Saya tinggalkan kampung sewaktu darjah dua. Setelah pindah ke bandar, saya terpaksa menunggu lama untuk dapat masuk sekolah. Disebabkan faktor umur, saya terpaksa masuk darjah 4. Itupun hanya 3 bulan saja lagi sebelum peperiksaan akhir tahun. Menulis pun masih merangkak2 sedangkan kawan2 lain sudah laju mengira dan menulis. Tetapi mereka kalah dalam subjek Bahasa Melayu mungkin disebabkan saya suka membaca. Subjek kerjatangan juga mendapat markah tinggi mungkin kerana kesusahan hidup yang saya lalui memaksa saya terpaksa pandai kerja tangan bagi membantu keluarga. Jahitan sulam saya atas alas meja kecil warna merah jambu dapat pujian dari cikgu.

Episod 2

Teacher Fatimah berwajah serius dengan rambut gaya Saloma, trend waktu itu, memanggil murid2 yang gagal dalam ujian Bahasa Inggeris untuk datang ke depan.

“Kenapa jawapan kamu semua salah?” Tanya Teacher Fatimah sambil mencampakkan buku ujian bulanan Bahasa Inggeris saya ke meja guru.

Belum sempat saya menjawab, tangannya sudah mencapai cuping telinga lalu menarik-nariknya dengan kuat sambil berkata, “Bodoh, bodoh, bodoh!”

“Saya tak pernah belajar bahasa inggeris, teacher” Jawab saya jujur kerana semasa di kampung saya memang tidak pernah belajar asing itu. Satunya2 ayat bahasa inggeris yang saya hafal ialah ‘I love you Mr. Mahmood’ , ayat dari sebuah lagu Hindustan yang popular masa itu. Itupun masa itu saya tidak tahu maknanya. Bila sudah tahu, sayu malu sendiri.

Deraian ketawa kawan2 sekelas masih terngiang2 sampai sekarang.

Kerana kedua2 peristiwa itu saya bertekad dalam hati untuk tidak diketawakan lagi. Kata ibu saya tidak bodoh. Semasa setengah tahun dalam darjah satu dulu cikgu pernah menawarkan saya untuk lompat kelas tetapi ibu tidak mengizinkan.

“Cikgu Ramlah, saya takkan nombor corot lagi!! Teacher Fatimah, saya akan dapat markah tertinggi periksa penggal akan datang!!! Kawan2, kamu takkan ketawakan saya lagi lepas ini!!!” Saya sekadar menjerit dalam hati..

Tekad itu saya tanam dihati dalam-dalam dan saya paksa diri untuk mencapainya.

Saya pegang kata2 Cikgu Ainon, gurubesar, “Kalau kamu rasa kamu pandai, ingat, ada ramai orang lebih pandai dari kamu. Kalau kamu ingat kamu bodoh, ingat, ada ramai orang lebih bodoh dari kamu.”

Katanya lagi,”Kamu kena rajin baca surat khabar.”

Saya kata, “Ayah tak mampu nak beli surat khabar.”

Katanya, “Kalau kamu beli nasi lemak, jangan buang terus surat khabar yang balut nasi lemak itu. Baca dulu kertas itu sebelum dibuang. Apa saja yang bertulis cuba baca.”

Katanya2 yang terakhir itu amat bermakna bagi saya dalam saya meniti hari2 berikutnya. Bertemankan sebuah kamus dwi-bahasa kecil berkulit hijau yang sudah uzur, hadiah dari seorang pakcik, saya akan membaca apa saja bahan, terutama yang berbahasa Inggeris. Pakcik itu berpesan supaya saya cuba hafal perkataan bahasa Inggeris sebanyak mana yang mampu dari kamus itu. Kamus itu saya bawa kemana saja saya pergi. Ayah dan ibu tidak mampu mengajar apa pun subjek sekolah. Mereka hanya mampu berdoa dan memberi sokongan.

Selepas 3 bulan kena tarik telinga, tekad yang ditanam untuk mendapat markah B.I paling tinggi dalam darjah akhirnya tercapai jua. Ayat ‘I love you Mr. Mahmood’ bukan lagi satunya2 ayat yang saya tahu. Dari nombor corot melonjak nombor 17 dalam darjah.

“Syukur, ya Allah.” Bisik saya dalam hati.

Kata2 ayah, “Li, belajarlah rajin2 sampai masuk universiti sebab ayah tak ada harta untuk ditinggalkan” menjadi pemangkin utama.

Episod 3

Hari itu saya menyambut ayah datang ke sekolah. Peluh bercucuran di dahinya. Hari itu Hari Penyampaian Hadiah. Ayah memang tidak pernah gagal untuk hadir dalam majlis penyampaian hadiah setiap tahun walaupun saya tidak dapat hadiah.

Tetapi kali ini ayah tidak akan pulang dengan tangan kosong. Kali ini ayah boleh senyum puas mendengar anaknya disebut mendapat markah tertinggi dalam semua subjek. Tiga tahun selepas Cikgu Ramlah tertawa melihat saya mengangkat tangan sebagai pelajar nombor corot, kini tekad yang ditanam selama ini tercapai jua. Saya menyerahkan sijil2 itu pada ayah dan kami pulang dari majlis penyampaian hadiah itu dengan menaiki bas Nombor 143.

Episod 4

Tujuh tahun kemudian, semasa saya berjalan dengan ayah di jalan T.A.R, kami terserempak dengan cikgu Ramlah. Saya menghulurkan tangan dan mencium tangannya.

“Wah berjaya juga awak masuk universiti.” Cikgu Ramlah memegang bahu saya dengan senyum, tetapi bukan senyuman sinis kepada murid nombor corot seperti 7 tahun dahulu.

“Awak ambil kursus apa?” Tanya lagi.

“Ambil Sains Genetics, cikgu.” Jawab saya.

Episod 5

Sudah hampir 40 tahun peristiwa itu berlalu, kini saya mempunyai anak2 sendiri. Saya beritahu anak2 saya,”Jangan sekali2 rasa lemah kalau dimarah cikgu sebab itu mungkin boleh jadi pengajaran yang menjadi tiket untuk mencapai kejayaan masa depan. Kalau memang kita salah, minta maaf dari guru yang mendidik kita. Kalau kita tidak salah, beritahu yang benar, dan serahkan saja apa2 pertimbangan yang bakal dibuatnya. Jangan sekali2 menghina guru.”

Saya katakan juga pada anak2 saya. “Tidak ada sebab untuk tidak boleh berbahasa inggeris sebab sejak TADIKA sudah belajar. Enam tahun belajar B.I setiap hari sekolah rendah dan 5 tahun lagi di sekolah menengah. Berbagai buku dan surat khabar ada di depan mata, tanpa terkial2 membaca surat khabar pembungkus nasi lemak. Berbagai kamus tersedia tanpa perlu berusaha mengumpul duit membelinya. Ada tiusyen kalau perlu. Ada tv, ada vcd, ada internet, semua tersedia untuk digunakan untuk belajar.”

Semasa menjadi guru suatu ketika dulu, pernah seorang murid tingkatan 2 berbangsa cina datang mendekati saya untuk memujuk saya supaya jangan berhenti. Dia berkata, “Cikgu, dulu saya benci subjek ni. Sejak cikgu ajar saya, saya dah suka. Saya dah mula dapat markah tinggi. Kalau cikgu berhenti habislah saya.”

Saya cuba memujuknya, “Kamu suka subjek ni sebab kamu sayang cikgu. Kamu sayang cikgu sebab kamu tahu cikgu sayang kamu semua. Cikgu lain pun akan sayang kamu kalau kamu baik macam sekarang. Kita kena bina kasih sayang dengan semua orang supaya kita belajar dengan gembira.”

Kerap saya katakan pada murid2 saya,”Kalau saya marah, saya marah dengan kasih sayang. Kalau saya sayang saya berinya tanpa syarat. Hormati mereka yang lebih tua, sayangi mereka yang lebih muda. Insya Allah, hidup kita akan rasa indah kerana sekeliling kita dipenuhi kasih sayang. ”

Kalau anda seorang guru, sentiasalah memahami perasaan murid sebelum membuat sebarang tindakan. Jangan sekali2 menjatuhkan maruah mereka di depan murid lain kerana suatu hari mereka akan dewasa. Jadikan kasih sayang sebagai penawar semasa berhadapan dengan pelajar. Kita tidak akan rugi apapun apabila mencurahkan kasih sayang pada orang lain, apalagi kalau mereka adalah anak didik kita. Biarlah kita menjadi sebahagian dari arkitek yang membina mereka jadi dewasa dengan sempurna. Kalau mereka berjaya kita akan mendpat pahala selama mana mereka mempraktikkan ajaran kita. Kalau anak2 murid sudi berdoa, maka sudi-sudikanlah pula berdoa untuk mereka sebelum mengajar. Pertembungan doa guru dan murid di atas sana alangkah hebatnya hasilnya.

Episod2 ini menjadi kenangan abadi. Ia adalah episod drama hati bukan drama tv. Yang nombor corot mungkin tidak akan corot selamanya. Kalau bukan kerana ditertawakan kawan2 dan tarikan cuping telinga oleh teacher Fatimah, episod2 kejayaan selanjutnya mungkin tidak terjadi. Kegagalan di awal perjalanan menjadi pembakar semangat untuk perjalanan seterusnya.

Source : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Izzudin
may this post reach all of you in the blessings of Allah s.w.t.

as you can see, lately I can't maintain in posting to this blog..it reminds on the importance of being istiqamah in our daily movement..most of the scholars advised to maintain our daily ibadah even though it is not much every time..but aas long as it is maintained, it will be more valuable than unmaintainable ibadah.so, as prof izzi always said, think of it and may you be peaceful in ibadah..

as for my journals, it is my honor to share it with others and i'm hoping the positive response from it..these are my latest schedule:
16th-19th Nov 2009 - MASKUM Disaster Assistance, Lata Bayu, Baling, Kedah.
19th-22nd Nov 2009 - Management Course for Leaders(Mc LEAD),
Sanctuary Resort, Cherating
22nd-24th Nov 2009 - MASKUM Conference, Glory Beach Resort, PD
24th Nov 2009 - 1 Malaysia @ Campus presentation,
Ministry of Higher Education, Putrajaya

among these programme, the last one is the most frightening for me since it will be my first experience to be at this level..but i really believe that i am stepping to the another level..please pray for me..
Izzudin
Lead by example. If you ask your employees to work overtime, be there too. Just because company policy allows it, don't fly first-class if your associates are in coach on the same plane. Be a leader - it's tougher than being a manager, but it's worth it.
Izzudin
Labels: 0 comments | edit post
Izzudin
Labels: 0 comments | edit post
Izzudin
PROGRAMME : MASKUM DISASTER ASSISTANCE
Lata Bayu, Baling, Kedah.

16th - 19th Nov 2009
6.45 a.m - gather
7.00 a.m - depart (IIUM Mainstairs)

Things that need to be brought:
1. Sport Attire (including shoes) - at least 2 pairs
2. Bathing set
3. Prayer set
4. Camping set (including torch light, sweater etc); tent n sleeping
provided by IIUM
5. medicine (if any)
Izzudin
" Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya."