Izzudin
Sebagai orang Islam kita sentiasa diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman kita. Namun ada kalanya kita tidak sedar bahawa banyak perkara yang kita sebut atau lakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak boleh menyebabkan keislaman kita terbatal. Mari sama-sama kita rujuk perkara di bawah sebagai langkah berjaga-jaga agar keimanan kita sentiasa terpelihara.

1- Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
2- Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafaat dan tawakal.
3- Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, tidak sangsi akan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4- Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. lebih sempurna dan lebih baik.
5- Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6- Mengolok-olokkan sebahagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w.seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7- Melakukan sihir, kerana pelakunya dihukum kafir.
8- Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9- Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar daripada syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10- Berpaling daripada agama Allah s.w.t sama ada kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11- Menganggap suatu hukum atau undang-undang selain undang-undang Islam, lebih baik daripada syariat Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum taghut daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahawa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment